About Me

My photo
SeLaMatBerUkhwah.."seMoga anDa mendapat informasi"

Thursday, January 22, 2009

syuRga Di Bawah Kaki iBu...........

SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU....

"Ya ALLAH.....
ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku,
kasihinilah mereka sebaimana mereka menyayangiku sewaktu aku masih kecil.

Ya ALLAH....
berilah mereka ketabahan menempuhi ujian dan rintangan di dunia ini....
berilah kami ketenagan iman dan islam yang kekal di dalam diri..

Ya ALLAH....
janganlah dikau membiarkan nasib kami ditentukan oleh kami sendiri...walaupun sesaat atau yang lebih pendek dari itu...

Ya ALLAH..
Sesungguhnya, kami insan yang lemah dan tidak berdaya...
kau ampunilah kami YA ALLAH....
Bantulah kami dalam mencari keredhaan mu..
tanpa keampunan darimu..
siapalah kami YA ALLAHH.....

BERKATILAH HIDUP KAMI....
AMPUNILAH KAMI.....
TUNJUKKAN KAMI KE JALAN YANG LURUS..
KASIHINI KEDUA IBU BAPA KAMI...
SESUNGGUHNYA... KAMI PERCAYA...KEREDHAANMU TERLETAK DI ATAS KEREDHAAN MEREKA....



Assalamualaikum wbt semua....hope u all sihat2 sentiasa..Pertama sekali, bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan nikmat dan kurniaannya. kita masih hidup di dunia ini. Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah tuhan sekaian alam. anugerah ALLAH yang tidak ternilai, nikmat islam dan iman...Moga kita sentiasa di dalam lembayung rahmat dan keredhaan-NYA..
Sahabat sekalian,kali ini, saya tergerak untuk membincang satu topik mengenai" SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU". Saya pasti semua pernah mendengar ayat ini. biasa kita dengar sejak kita di sekolah dahulu, cikgu mengajar kita tentang tjuk mentaati ibu bapa, ataupun melalui ceramah2 agama dan sebagainya.
saya percaya semua kenal siapa yang kita gelarkan sebagai "ibu","emak","mummy" or anything yang seangkatan dengannya...semua orang ada ibu termasuk diri saya juga.Ibu adalah orang yang telah bersusah payah menjaga kita sejak dari dalam kandungan lagi, dengan penuh kasih syang, walaupun kita tidak dilahirkan lagi. tetapi naluri keibuan yang mengajarnya erti kasih sayang.
Tetapi, adakah kita sedari, betapa susah, jerih, derita di dalam kepenatan mereka mengusung kita kemana-mana semasa kita still dalam kandungan. MasyaALLAH...hebatnya, tabahnya mereka. selepas kita dilahirkan, kita disambut dengan laungan kalimah ALLAH subhannallah Taala..Ibu bapa kita gembira dengan kelahiran kita. mereka beri kita nama yang indah2 dan penuh bermakna. bagaimana mereka menjaga kita? mereka beri kita cukup makan, pakai, ilmu agama serta pengetahuan. untuk apa? supaya kita jadi orang yang berguna pada suatu hari nanti dan dapat memberi ketenangan pada hati mereka.
Adakah mereka inginkan harta kesenangan kita shaja? tidak.... bagi mereka, apa yang sanagt penting, seorang anak yang soleh dan solehah yang dapat mndoakan mereka ketika mereka sudah tiada di atas muka bumi ini. sesunnguhnya, doa anak yang soleh itu, amat mereka harap2kn... kita perlulah mencurahkan kasih syang dan sepenuh perhatian kepada mereka kerana mereka telah menyayangi kita sejak dari kecil. Ibu, sanggup tidur lewat semata-mata untuk mendodoikan kita ketika kita menagis di malam hari, seekor nyamuk pun jangan berani menyentuh kulit anaknya, nanti tahulah akibatnya..Selain itu, ketika kita menangis, dia yang menenagkan kita yang memujuk kita. segala teguran dan sebatan yang pernah kita terima..he3. bukanlah menunjukkan mereka tidak sayang.SAYANGGG!!!. semua itu hanya untuk mengajar kita supaya menjadi insan yang berguna pada masa akan datang..insyaAllah.
semestinya, kita perlu menyedari kasih sayang yang diberikan tidak dinilai atau dibandingkan dengan benda yang bernilai di alam ini. Ini kerana, dengan kasih sayang dapat membawa kita ke Syurga.. maka sayanglah Ibu kita..bpa kita...cepat-cepat... kita masih ada waktu untuk menunjukkan kasih sayang kita pada mereka...Kerana "Syurga itu terletak di bawah kaki ibu"




disini ... saya ada menyelitkan video. insyaALAH dapat meberi kita pengajaran kepada diri sya dan anda semua...wallahualam.
----segala yang baik itu datang dari ALLAH...wassalam....

Tuesday, January 20, 2009

BaGaiMana Hendak BeLajAr KhaT???


Cara yang berkesan:

• Belajar di bawah pengawasan dan bimbingan guru yang terlatih dan berpengalaman
dengan asas pelajaran penulisan seperti kedudukan yang betul, cara memegang kalam,
kaedah yang betul mengasah kalam dan memotong mata kalam yang yang sesuai bagi
jenis khat, cara meletakkan mata kalam di atas kertas, teknik meletakkan bekas
dakwat dan menerangkan cara meletakkan span di dalamnya sehingga mencelup kalam
khat itu dakwat setakat yang dikehendaki.

• Latihan yang berterusan mengikut kaedah penulisan yang muktabar.

• Merujuk buku atau hasil karya penulis-penulis yang masyhur seperti Hasyim al
Baghdadi yang menjadi rujukan peminat-peminat khat di Asia dan Eropah.

• Meniru atau menekap tulisan penulis-penulis yang berpengalaman dengan tujuan
memahirkan penulisan.

Apakah kepentingan mempelajari Seni Khat?


Kepentingan mempelajari khat terbahagi kepada dua.
Pertama kepentingan kepada individu dan yang kedua kepentingan kepada masyarakat.

Kepentingan kepada individu:
• Khat merupakan salah satu wasilah perhubungan kemanusian dan merapatkan hubungan
antara manusia bagi merealisasikan urusan kehidupan dengan sempurna bagi jalan
penulisan dan khat itu sendiri tiang kepada penulisan.

* Khat juga merupakan wasilah dalam menghasilkan harta benda dinisbahkan kepada seni
khat yang halus dan tinggi dengan sebab kepakaran penulisnya.

• Bagi khat kepentingan yang khusus adalah menyintainya bagi orang yang merasai
dengan perasaan kejiwaan yang halus.

Kepentingan pada masyarakat:

• Khat itu ditulis dengannya pelajaran, ilmu pengetahuan, akhbar dan majalah dan
merupakan wasilah iklan seperti televisyen dan sebagainya.

• Khat itu diwujudkan pada lukisan-lukisan kesenian, papan tanda iklan yang bersifat
dakwah dan masyarakat boleh menghayati dan mempelajari kesenian khat itu di setiap
tempat seperti di rumah, di jalan-jalan dan di sekolah-sekolah.

• Khat itu wasilah perpindahan ilmu turas dan ilmu pengetahuan dan terbukti kitab-
kitab itu dengan dihiasi dengan kulit yang indah dengan tulis yang direka pelbagai
jenis semenjak dahulu yang menyimpan di dalamnya manuskrip dan karangan penulis-
penulis terdahulu.

Apakah persediaan yang perlu ada bagi setiap pelajar yang ingin mempelajari Seni Khat?

Persediaan yang perlu ada bagi mereka yang ingin mempelajari seni ini boleh kita ketegorikan kepada dua.

1) Persediaan fizikal
2) Persediaan mental.


Persediaan fizikal.

Tubuh badan yang sihat dan anggota yang sempurna. Namun anugerah yang di kurniakan Tuhan tidak sebagaimana orang lain atau sempurna ianya tidak menjadi halangan bagi mereka yang bersungguh-sungguh berminat untuk mnguasai bidang ini.

Sebuah kisah penulis wanita, “Bintu Khaddan Wardi”. Sebagaimana yang telah dinaskan oleh Ishak dalam kitabnya tentang cerita pada zaman raja alKamil pada bulan Syawal 624h telah datang dari Iskandariah seorang perempuan yang tidak menpunyai kedua belah tangan hingga ke siku. Beliau melakukan segala kerja sebagaimana perempuan-perenpuan lain dengan menggunakan kaki. Seorang menteri telah menemuinya dan membawa perempuan tersebut dakwat kalam dan pisau. Dakwat itu diambil oleh perempuan tersebut kaki kirinya, kemudian diambil kalam dan pisau diraut, diasah, dibelah dan dipotong melintang kalam tersebut. Seterusnya diambil kertas dan memegangnya dengan kaki kiri dan menulis dengan kaki kanan dengan lebih baik dan cantik dari apa yang ditulis oleh penulis dengan tangan kanan mereka. Maha Suci Allah yang menjadikan sesuatu itu tidak sia-sia. Semoga cerita ini menjadi pendorong dan semangat kepada mereka yang betul-betul berminat untuk berkenalan secara lebih luas dan seterusnya mendalami bidang Seni Khat ini.

Persediaan mental.

• Minat yang mendalam (bukan hangat-hangat tahi ayam)
• Emosi yang tenang
• Ketekunan yang jitu
• Kesungguhan yang mantap
• Daya imaginasi yang tinggi
• Daya cipta dan tiru yang halus
• Melatih diri untuk menjadi seorang yang mempunyai jiwa yang tinggi, halus perasaan yang tajam bertenang dan bekerja dalam situasi yang jauh dari jiwa yang gelisah dan gopoh serta bersikap 'rileks', ini juga dapat faktor membantu kepada penulisan yang baik, cermat dan halus. Selain faktor bimbingan guru yang berpengalaman dan mahir.


Apakah halatuju mempelajari Seni Khat ini?

Melihat kepada qadiah di Malaysia dan masyarakat umat Islam itu sendiri khususnya dan masyarakat dunia amnya:
• Memartabatkan dan membudayakan tulisan al-Quran
• Mengembalikan kegemilangan tamadun seni Islam
• Memperjuangkan tulisan jawi di Malaysia kearah melahirkan generasi Al-Quran yang
hidup roh Islam dan mengenal tulisan jawi.
• Menghidupkan tulisan jawi di seluruh peringkat sekolah dan institut pengajian
tinggi sebagai satu mata pelajaran atau ko kurikulum yang bergerak aktif dan
sistematik
• Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang banyak melahirkan penulis-penulis
yang berwibawa melalui seminar-seminar seperti yang telah dijalankan sebelum ini,
kegiatan di bengkel dalam menghasilkan karya-karya yang bermutu. Muzium Kesenian
Islam dan Yayasan Restu sendiri mempunyai bengkel yang khusus dalam melahirkan
penulis khat yang mempunyai daya imaginasi dan kreatif yang tinggi
• Mengadakan dan menganjurkan pertandingan-pertandingan di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa sebagaimana negara Turki yang menganjurkan pertandingan khat
kebangsaan disana setiap 3 kali setahun. Bertujuan untuk melahirkan penulis
bertaraf antarabangsa dan berpengalaman.

----Diperoleh dari satu laman web====)

Friday, January 16, 2009

ORGANISASI KELAB KESENIAN ISLAM....

Ape khabar semua.. Rasanya ramai yang tidak mengetahui organisasi KKI. jadi ape salahnya, kita melihat siapakah tunggak atau tulang belakang di sebalik KKI itu. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta..he3

JOM KENAL ORGANISASI KKI..


PRESIDEN
(MUHD HANIS B. MD IDRIS)
FSKB/BIOMED/3



TIMB. PRESIDEN I
(MOHD RIDZUAN B. ANUAR)
FPER/2



TIMB. PRESIDEN II
(NOR AZIRA BT ZAHADI)
FGG/3




SETIAUSAHA I
(MUHAMAD SALAHUDDIN B. ABU KASSIM)
FSKB/OT/2




SETIAUSAHA II
(NURUL ASHIQIN BT HASAN)
FPER/1




BENDAHARI
(NUR ILI MOHAMAD TARMIZI)
FSKB/JPD/2



EXCO MULTIMEDIA 1
(MOHAMED ILYAS B. HASAN)
FPER/1



EXCO MULTIMEDIA II
(NOR SYAFIQAH BT. NAZARUDDIN)
FGG/2



EXCO EKONOMI I
(NURULJANNAH BT YUSOF)
FGG/2


EXCO EKONOMI I
(RIFIZATI BT BUYONG)
FSKB/1


EXCO PUBLISITI I
(MOHD FAIZAL B. MOHD ZULKIFLY)
FSKB/BIOMED/2


EXCO PUBLISITI II
(SITI YUHANA BT MUSA)
FGG/1

EXCO TUGAS-TUGAS KHAS I
(ZULHILMI B. BAHARUDIN)
FSKB/PDR/1


EXCO TUGAS-TUGAS KHAS II
(SITI NABILAH BT KAMAL NASSER)
FPER/1



EXCO NASYID DAN PERKUSI I
(MUHAMMAD NUR HAFIZ B. ABDULLAH)
FPER/1


EXCO NASYID DAN PERKUSI II
(SITI SARAH BT OMAR ZAKI)
FSKB/1


EXCO PERHUBUNGAN LUAR I
(LUQMAN B. OSMAN)
FSKB/BIOMED/2


EXCO PERHUBUNGAN LUAR II
(KU BASYIRAH B. KU YAACOB)
FSKB/JASP/2


EXCO HELWANIS I
(SH. AISHATUN NAJIHAH BT. SY. AHMAD ABD RAHMAN)
FSKB/nutrition/1



EXCO HELWANIS II
(NUR ZAHIRAH BT ZAINAL)
FSKB/2

Thursday, January 15, 2009

PENgEnaLAN kELaB...

Pada sesi 2007/2008, kelab ini mempunyai seramai lebih kurang 200 orang ahli yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi KTSN. Kelab ini ditubuhkan untuk memperkenalkan kesenian islam dan pembahagian sub bahagian didalamnya kepada semua lapisan masyarakat amnya dan kepada mahasiswa/i KTSN khususnya mengenai perkara sebenar iaitu disamping kita berhibur, kita sebenarnya berpeluang untuk menyelitkan nilai-nilai murni serta penghayatan sepenuhnya kepada perkara yang disarankan di dalam agama islam.               

Ini menunjukkan bahawa agama islam itu fleksibel dan mempunyai hiburan-hiburannya yang tertentu yang terkandung di dalam kesenian Islam yang sejajar dan selari serta bersesuaian dengan syariat Islam. Dengan terselitnya nilai-nilai seperti ini, diharapkan generasi madani yang mempunyai keperibadian serta akhlak yang mulia dapat dibentuk dan dapat membentu dalam mengenal erti kefahaman sebenar dalam perjuangan menegakkan agama Islam di muka bumi Allah ini. Di samping itu, juga diharapkan agar generasi ini dapat turut sama membantu dalam penyebaran dakwah Islamiyyah terhadap golongan bukan Islam             

  Dengan tujuan dan harapan tersebut, besarlah harapan kami agar ia akan membawa kepada suatu perubahan, faedah dan manfaat yang besar dab bermakna kepada Kelab Kesenian Islam.


OBJEKTIF PENuBuHan...

  • Memperkenalkan kesenian Islam dan pembahagian sub bahagian di dalamnya kepada mahasiswa/i KTSN bagi melambangkan kesenian Islam yang harmoni dan sejati.
  • Mencungkil dan menggarap bakat terpendam melalui aktiviti-aktiviti serta program-program yang akan diadakan.
  • Memberi peluang kepada mahasiswa/i untuk bergiat aktif dalam menguruskan sesuatu organisasi dengan penuh tanggungjawab, amanah dan ikhlas kerana Allah.
  • Menjadikan nasyid, teater dan pentomin Islam, seni khat sebagai hiburan alternatif kepada mahasiswa/i.
  • Menjadikan hiburan sebagai salah satu cabang yang penting dalam berdakwah.
  • Memupuk semangat kerjasama dan ukhuwah di antara ahli dan warga kampus.
  • Memperkenalkan UKM kepada masyarakat luar melalui penyertaan dalam sebarang pertandingan kesenian Islam seperti neasyid atau jemoutan mengadakan persembahan.
  • Memakmur dan menceriakan lagi Kolej Tun Syed Nasir

--Semoga ape yang kita lakukan mendapat ganjaran yg baik dr ALLAH..Wallahualm...

by: (khazinatulasrar_88@yahoo.com)      ---%--<@