PENgEnaLAN kELaB...
Pada sesi 2007/2008, kelab ini mempunyai seramai lebih kurang 200 orang ahli yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi KTSN. Kelab ini ditubuhkan untuk memperkenalkan kesenian islam dan pembahagian sub bahagian didalamnya kepada semua lapisan masyarakat amnya dan kepada mahasiswa/i KTSN khususnya mengenai perkara sebenar iaitu disamping kita berhibur, kita sebenarnya berpeluang untuk menyelitkan nilai-nilai murni serta penghayatan sepenuhnya kepada perkara yang disarankan di dalam agama islam.
Ini menunjukkan bahawa agama islam itu fleksibel dan mempunyai hiburan-hiburannya yang tertentu yang terkandung di dalam kesenian Islam yang sejajar dan selari serta bersesuaian dengan syariat Islam. Dengan terselitnya nilai-nilai seperti ini, diharapkan generasi madani yang mempunyai keperibadian serta akhlak yang mulia dapat dibentuk dan dapat membentu dalam mengenal erti kefahaman sebenar dalam perjuangan menegakkan agama Islam di muka bumi Allah ini. Di samping itu, juga diharapkan agar generasi ini dapat turut sama membantu dalam penyebaran dakwah Islamiyyah terhadap golongan bukan Islam
Dengan tujuan dan harapan tersebut, besarlah harapan kami agar ia akan membawa kepada suatu perubahan, faedah dan manfaat yang besar dab bermakna kepada Kelab Kesenian Islam.
OBJEKTIF PENuBuHan...
--Semoga ape yang kita lakukan mendapat ganjaran yg baik dr ALLAH..Wallahualm...
by: (khazinatulasrar_88@yahoo.com) ---%--<@
No comments:
Post a Comment